Selasa, 15 Disember 2009

Welcome


Salam sejahtera kepada semua pengunjung yang sudi melawati blog najhan homestay.Saya menyediakan perkhidmatan homestay dan beberapa bilik untuk disewa kepada semua pengunjung yang berminat untuk melancong serta menikmati panorama Pulau Langkawi.Najhan homestay terletak di Kampung Nyior Chabang,Mukim Bohor.Lokasi Najhan Homestay jaraknya 5 minit dengan Padang Matsirat yang menjadi sebahagian daripada kawasan tumpuan para pelancong untuk menyaksikan kawasan peninggalan sejarah serta membeli belah.Antara tempat yang paling hampir untuk dikunjungi ialah Buffalo Park,Beras Terbakar.Najhan Homestay juga terletak 5 minit dengan airport,Makam Purba ,Makam Mahsuri,Kawasan Perkelahan Lubuk Sembilang.Untuk ke Pantai Chenang dan pantai Tengah para pengunjung hanya mengambil masa 15 minit.Manakala untuk ke cable car para pengunjung hanya mengambil masa sekitar 20 minit.Selain cable car terdapat juga air terjun telaga tujuh,yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.kalau hendak bercerita sudah pasti mengambil masa dan waktu yang panjang.Seperti yang telah saya maklumkan di atas saya juga ada menyediakan bilik untuk disewa secara harian,harganya amat berpatutan.kenapa saya berkata begitu....dengan keluasan bilik 10 x 20 kaki adalah sangat selesa bagi anda yang berkeluarga 5-6 orang.Saya sediakan anda tilam dan bantal tambahan tanpa sebarang bayaran tambahan.Bilik berhawa dingin dengan sarapan pagi disediakan, saya kira pilihan anda menginap di najhan homestay adalah pilihan yang tepat.Anda tidak perlu risau dengan chek in dan chek out.Walaupun waktunya standard seperti mana-mana hotel, seandainya tiada tetamu anda masih boleh tinggal di najhan homestay tanpa bayaran tambahan.Menarik kan...Saya juga ada sediakan welcome drink,ini mengikut kesesuaian waktu ketibaan tuan ke homestay saya.Kebiasaanya saya hidangkan dengan ais cream bufferlo park.Sedap rasanya tuan...susu kerbau sapi segar juga boleh didapati dengan mudah kerana najhanhomestay berhampiran dengan bufferlo park.Saya juga menyediakan perkhidmatan kereta dan van sewa pandu sendiri. Harganya sangat berpatutan dan boleh dirunding apabila mengambil pakej homestay dan kereta dari saya.Saya pasti tidak ada mana-mana pengunjung atau pelancong ingin dengan harga yang mahal.Saya juga begitu...yang penting percutian tuan dan puan sekeluarga meninggalkan kenangan manis ketika berada dipulau Langkawi terutama ketika menjadi tetamu najhanhomestay.Selain itu,seandainya anda adalah kaki pancing,usah risau....andi boleh pergi memancing dengan mendapat harga tawaran istimewa daripada najhanhomestay....saya ingin nasihatkan tuan puan yang ingin bercuti ke Langkawi kalau dapat teruslah berhubung dengan pemilik apa sahaja perkhidmatan yang anda perlukan sepanjang percutian anda disini.Ini bertujuan supaya anda mendapat harga yang menjimatkan percutian anda...Sedikit tentang komen para tetamu najhan...antaranya ada yang memberi pandangan sangat sesuai mereka mereka bermalam di najhan homestay kerana suasananya yang sangat mendamaikan....itu komen...depa la...(depa=mereka).Kemungkinan mereka ini telah lama berada atau tinggal dalam pekan atau bandar..Najahan menyajikan mereka kedamaian Alhamdulillah..terima kasih..kepada yang memberi pendapat .Saya hanya sekadar menyediakan apa yang termampu demi keselesaan dan ketenangan tetamu saya..Pernah juga saya membawa tetamu saya yang datang dari serawak(Dr Ardif sekeluarga terima kasih di atas kesudian anda menjadi tetamu najhan)menghadiri kenduri kahwin berdekatan dengan najhanhomestay.Mereka sangat teruja melihat sambutan kenduri kahwin ala langkawi.....apa pun saya dengan besar hati menjemput tuan puan untuk bermalam di najhanhomstay sepanjang percutian anda di Pulau Lagenda ini....nanti saya sambung cerita lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan