Ahad, 11 November 2012

PROMOSI TERKINI

Kepada pembaca budiman, kini najhan tampil dengan promosi homestay terkini. Maknanya untuk cuti depavali atau awal muharam atau cuti sekolah.Setelah sekian lama yang sememangnya lama tidak diupdate kan blog ni sudah pastilah banyak perkara yang hendak dikongsi bersama para pembaca.Namun kita berkongsi dulu tentang promosi penginapan ini.Ok untuk satu malam homestay beserta kereta wira najhan menawarkan harga cuma RM 250 ringgit sahaja.Ini untuk homestay ala rumah kampung tu lah..Namun untuk homestay yang baru sepenuhnya binaan batu najhan menawarkan promosi dengan harga RM 280 sahaja beserta kereta wira untuk satu malam. Rumah ini memiliki 3bilik tidur dan dua bilik air.2 bilik aircond dan satu bilik kipas siling. Manakala bilik sewa najhan juga ada promosi. Yang tadi tu homestay.Sekarang bilik sewa pula. Promosinya 1 malam beserta kereta kancil rm 150.00. Sangat sesuai untuk percutian budget keluarga.Bilik luas 10 x 20 kaki, bilik air dalam, aircond, tv, pemanas air, seterika dan papannya, internet juga boleh di acses secara percuma. Harga promosi ni macam kata pepatah alah membayar menang bermalam ( pepatah sendiri punya).

Suasana di najhan homestay juga penuh kedamaian.Dalam kampung la katakan...sepi , tenang, damai amat sesuai bagi mereka yang sedang mencari ketenangan. Bagi mereka yang telah lama menginap dengan suasana bandar pastikan najhan menjadi pilihan anda untuk bermalam.

Ok seterusnya kita berkongsi bagaimana hendak ke najhan samaada dari jeti kuah ataupun airport. Paling dekat dari airport. Cuma mengambil masa 1o minit ja.Kalau dari jeti kuah tu lebih kurang 20 minit ja. Ok kita stop kejap untuk bicara kali ini. Nanti kita cerita lagi...